Wednesday 1 April 2015

Pemaju AHS REALTY (M) SDN BHD (Co No : 885561 H)

AHS REALTY M SDN BHD ALOR SETAR KEDAH

Sejarah Penubuhan

"AHS Realty (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milikan bumiputra yang telah ditubuhkan pada 10 Januari 2010. AHS adalah singkatan nama Dato' Hj Abdul Halim Bin Hj Said (DSDK., SDK., BKM., PJK.,) sebagai Executive Chairman. Tujuan AHS Realty (M) Sdn Bhd ditubuhkan adalah untuk membangunkan projek-projek perumahan terutamanya yang berkaitan dengan perumahan mampu milik. Syarikat bercita-cita untuk memastikan setiap rakyat mempunyai rumah sendiri selepas berkahwin. Pada masa kini, terdapat dua orang ahli lembaga pengarah yang bersama-sama menerajui syarikat ini iaitu Datin Hjh Zainab Bt. Hj Ismail sebagai Pengarah Urusan dan Dayang Nur Adila Bt. Dato' Abdul Halim sebagai Pengarah."


Pengalaman

"Sebagai Executive Chairman, Dato' Hj Abdul Halim Bin Hj Said berhasrat membangunkan hartanah di utara Semenanjung Malaysia telah lama wujud. Berdasarkan pengalaman sebagai seorang peguam atas nama Abdul Halim Said & Co., beliau bercita-cita menjadi pemaju perumahan yang aktif di utara Semenanjung terutamanya membina rumah-rumah rakyat dan rumah-rumah mampu milik yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, sebelum AHS Realty (M) Sdn Bhd ditubuhkan, beliau aktif mengurus dan mengendali projek-projek perumahan yang terdapat di sekitar Semenanjung Malaysia kerana beliau merupakan salah seorang pemegang saham di syarikat-syarikat hartanah yang lain. Justeru, pengalaman beliau dan hubungan baik dengan kontraktor-kontraktor serta perunding akan dapat membantu merealisasikan cita-cita syarikat."

Associates Company :

    Aries Security (M) Sdn Bhd (1102716-M)
    Object : 1 Security Services
    Incorporation : 23-07-2014
    Paid-Up : RM 400,000.00
    Name : Dato' Abdul Halim Bin Said
    Status : Director / Share Holder

    Kota Positif Development Sdn Bhd (637331-X)
    Object : Property Development
    Incorporation : 17-12-2003
    Paid-Up : RM 250,000.00
    Name : Dato' Abdul Halim Bin Said
    Status : Director / Share Holder

    S.S.L Holdings Sdn Bhd (495719-M)
    Object : Property Investment
    Incorporation : 7-10-1999
    Paid-Up : RM 250,000.00
    Name : Dato' Abdul Halim Bin Said
    Status : Director / Share Holder

    Mujur Bersatu Sdn Bhd (344109-W)
    Object : Cattle Rearing And Trading
    Incorporation : 23-05-1995
    Paid-Up : RM 500,000.00
    Name : Dato' Abdul Halim Bin Said
    Status : Director / Share Holder

    Abdul Halim Said & Co. (Advocates & Solicitors)
    Object : Advocates & Solicitors
    Incorporation : 1986
    Name : Dato' Abdul Halim Bin Said
    Status : Consultant